Sangkaan seorang wanita berkenaan Toyota Vellfire jauh meleset apabila mengakui terbeban dengan kos bulanan untuk membela MPV mewah tersebut.
Biarpun gajinya kini mencecah RM10,000, pengguna TikTok dikenali sebagai @aien_suraya itu berkata, dia masih tidak mampu menanggung ‘maintenance’ kenderaan tersebut.
Kata aien, pada awalnya dia merasakan sudah cukup mampu untuk menanggung hutang serta kos pengendalian Toyota Vellfire.
Hal ini membuatkan dia memilih untuk mendapatkannya.
Walau bagaimanapun, segalanya berubah selepas memilikinya di mana dia memaklumkan terpaksa menanggung hutang ansuran mencecah RM3,000 sebulan.
“Itulah silap Ain. Ingatkan gaji RM10,000 dah cukup nak pakai gajah ni.
“Rupanya sampai masa terbeban nak bayar RM3,000 sebulan.
“Mula-mula memang rasa mampu sebab tengah dilamun cinta (dengan Vellfire). Tapi percayalah sampai masa kita akan rasa benda ini tak perlu pun sebenarnya,” katanya.
Pada masa sama, wanita ini juga menasihatkan orang ramai agar tidak terjerat dengan hutang besar sepertinya.
“Cukup ada kenderaan yang selesa dan sampai ke destinasi. Dengar nasihat Ain ni tau supaya tidak terjerat hutang,” ujarnya.
Perkongsian ringkas itu kemudian mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju gaji yang lebih besar diperlukan untuk memiliki sebuah Toyota Vellfire.
Bukan itu sahaja, terdapat komen netizen yang memaklumkan memiliki gaji RM30,000 sebulan membolehkan seseorang itu selesa memiliki model baharu Toyota Vellfire ini.
Baca juga: Hanya bagi RM120 sebulan, lelaki mengadu bosan isteri asyik masak taugeh