Baru-baru ini tular di media sosial gambar sebuah kereta sport dua pintu jenis Toyota GR86 lengkap dengan pelekat logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ia mencetuskan pelbagai spekulasi dan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Ramai menyangka JPJ telah menaik taraf kenderaan operasi mereka kepada model sport untuk tujuan rondaan atau penguatkuasaan. Namun, sangkaan itu sebenarnya tidak tepat.
Menurut hantaran rasmi di laman Facebook Super GT Malaysia Festival, kenderaan tersebut sebenarnya adalah Safety Car untuk perlumbaan GR86 Cup Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 26 hingga 28 Jun.
Toyota GR86 itu hanya dihiasi dengan rekaan grafik JPJ sebagai sebahagian daripada elemen promosi untuk acara perlumbaan berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada Super GT Malaysia Festival.
Ia tidak digunakan untuk tujuan rasmi JPJ.
Baca juga: Pemuda kerja hantar barang raih RM22,0000 sebulan