Biasanya kalau ada pertandingan pelik-pelik ini pastinya melibatkan negara jiran tapi kini dah masuk pula dalam Malaysia.
Bukan pertandingan biasa-biasa tapi kali ini untuk menarik ramai pengunjung, Expo Kelantan Event mencari mereka yang boleh menangis di atas pentas.
Lebih menarik hadiah utama yang ditawarkan adalah RM500 dan dapat dilihat lelaki dan perempuan menyertai pertandingan itu.
Karnival tersebut dilaksanakan selama 37 hari bermula 17 Januari lalu sehingga 28 Februari ini di Pantai Irama, Bachok, Kelantan.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan termasuklah persembahan dikir barat, majlis berselawat dan qasidah serta lain-lain.
Rata-rata netizen mengakui terkejut kerana tidak menyangka acara ini berlangsung dalam negeri yang terletak di Malaysia.
Ada juga yang mengakui jika mereka menyertai acara tersebut, ia adalah lebih kepada ketawa berbanding menangis.
“Kenapa pertandingan konoha ni sampai Malaysia. Yang nangis ni diaorang (mereka) tapi yang malu aku.
“Aku kalau duduk seorang diri ni memang ‘confirm’ menang tapi kalau kena menangis ramai-ramai ni boleh gealk terguling aku.
“Acara macam ni jangan bawa kawan sekali, nanti tak jadi menangis, asyik gelak je dengan kawan tu.
“Menangis bukan mudah, mesti ada memori pahit yang peserta ni semua lalui tapi kita je tak tahu,” antara komen netizen.
Dalam ruangan komen juga, seorang pengguna TikTok memaklumkan bahawa pemenang pertandingan tersebut menjadi milik pemuda berbaju cream.
Baca juga: IShowSpeed serik nak masuk WWE lepas kena campak dari pentas