Bukan hanya anak selebriti yang mengungguli tangga lima teratas untuk kanak-kanak paling kaya di Malaysia, ada juga yang terkenal hanya menerusi media sosial.
Pastinya ramai menyangka tempat pertama milik anak dara Rozita Che Wan, rupa-rupanya tidak. Ini adalah lima kanak-kanak terkaya di Malaysia.
1 Alyssa Dezek
Aryanna Alyssa Dezek merupakan seorang pelakon, penyanyi dan selebriti internet Malaysia yang sering merakam semula lagu artis dari Malaysia serta Indonesia.
Dia telah mencipta sejarah sebagai selebriti internet termuda negara yang berjaya tersenarai dalam carta 10 Teratas YouTube Malaysia.
Alyssa telah mengumpulkan sebanyak 4.6 juta pengikut di saluran YouTube dan 863 ribu pengikut di Instagram.
2 Lara Alana
Lara Alana Ahmad Awaluddin adalah anak sulung kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya.
Lara juga pernah muncul dalam rancangan Lara Oh Lara yang mengisahkan bagaimana kehidupan sehariannya bersama ibu bapanya.
Siapa sangka dia mempunyai 4 juta pengikut di Instagram.
3 Yusuf Iskandar
Yusuf Iskandar Hairul Azreen adalah anak sulung kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.
Dari kecil lagi ibu bapanya memilih untuk mengabadikan momen dengan membuka akaun Instagram buat Yusuf yang kini mempunyai 2.6 juta pengikut.
Semasa kecil, Yusuf juga pernah menjadi duta untuk beberapa produk bayi.
4 Aaisyah Dhia Rana
Aaisyah Dhia Rana terkenal dek kerana berdarah campuran dan anak kepada selebriti yang terkenal kerana mukanya lebih muda dari usia.
Menjadi anak kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin bukanlah muda apabila sentiasa berada di hadapan lensa kamera.
Sering tampil dengan gaya dan tatarias yang cantik, Aaisyah mempunyai 1.5 juta pengikut di Instagram.
5 Fattah Anas
Adakah anda masih ingat akan kanak-kanak yang masuk ke dalam sangkar kucing dan meminta pertolongan ayahnya untuk keluar.
Muhammad Fattah Anaz Mohamad Firdaus menduduki tangga kelima untuk kanak-kanak terkaya di Malaysia.
Malah Fattah Anas pernah dijemput program MeleTOP kerana telatahnya.
Bagaimanpun akaun Instagram milik Fattah Anas dengan pengikut 1.2 juta terpaksa dijual selepas ayah hilang punca pendapatan dek kerana penyakit misteri.
Rata-rata warganet tak menyangka yang menduduki tangga pertama adalah milik pempengaruh dan bukan anak selebriti.
“Semua kenal, tapi nombor satu tu serius tak kenal.
“Nombor satu itu memang tak sangka sebab dalam kepala ini asyik kata anak Rozita Che Wan,” antara komen warganet.
Baca juga: Baru tahu kuman pada span pencuci pinggan boleh sebabkan cirit birit, patutlah kena tukar selalu!