Ini apa yang wanita perlu tahu mengenai fibroid dan cyst

Oleh MALAYSIADATELINE

Golongan wanita digalakkan untuk menjalani pemeriksaan ginekologi secara berkala untuk mengesan ketumbuhan fibroid pada rahim dan sista (cyst) ovari yang selalunya berlaku tanpa gejala dan sering tidak disedari ramai. 

Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Perubatan Kesuburan Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) Dr Farah Leong Rahman berkata fibroid dan cyst bukan penyakit yang boleh diwarisi – bermakna ia tidak diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain, namun ia masih boleh berlaku dalam sesebuah keluarga.

“Amat penting untuk menjalani pemeriksaan secara berkala dengan doktor anda dan melakukan ujian imbasan ultrasound bagi memantau saiz fibroid atau cyst serta memeriksa simptom yang dialami. Tidak semua fibroid atau cyst memerlukan pembedahan. Bagaimanapun, jika anda mempunyai simptom atau merancang untuk hamil, doktor anda boleh mengesyorkan rawatan sewajarnya.

Baca Artikel Penuh