Saya hanya takut kepada Allah, kata Erdogan selepas Turki tembak pesawat Rusia

Oleh MALAYSIADATELINE

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bertegas tidak akan membiarkan negara manapun menceroboh ruang negara itu dan hanya takut kepada Allah selepas tentera Turki menembak jatuh pesawat tempur Rusia yang menceroboh ruang udaranya. 

Beliau berkata demikian pada 27 November lalu, ketika menyampaikan pidato heroic di hadapan lautan massa di kota Bayburt, di daerah Timur Laut negara itu.

Katanya, beliau tidak akan membiarkan sesiapapun menganggu atau merancang terorisme di bumi Turki.

“Berulang kali saya tegaskan, Turki hanya takut kepada Allah yang satu. Turki tidak akan tunduk selain kepadaNya.

“Turki pewaris peradaban yang besar dan kami akan mempertahankan warissan itu dengan memohon kekuatan dari Allah s.w.t.

Sumber yang dipetik dari Turki Al-Yaum itu memetik Erdogan berkata, negara itu tidak akan membiarkan pesawat tempur negara manapun melanggar kedaulatan Turki apa lagi di dalam konflik terkini insiden penembakan pesawat Rusia ke atas negara itu.

Apabila Presiden Rusia Vladimir Putin dengan angkuhnya berkata:” Anggap saja pesawat kami tamu di negara anda.”

Kemudian Erdogan menjawab:” Tidak ada tetamu tanpa diundang.”

Menurut Erdogan lagi rakyatnya amat terganggu dengan pernyataan Putin.

“Rusia selama ini berdalih terbang di atas langit Turki kononnya untuk gempur ISIS. Tetapi saya kataan daerah itu bukan kekuasaan ISIS melainkan di bawah kuasa mujahid Suriah anti Assad. Ini bukti nyata siapa musuh Rusia sebenarnya di Suriah.

“Putin menuduh saya melakukan islamiasasi di Turki. Saya tegaskan rakyat Turki 99% muslim dan pernyataan Putin itu sangat melucukan.

“Kami juga tidak berfikiran kolot untuk melakukan jual beli minyak dengan ISIS.

“Saya harap Putin menyiapkan semua bukti atas tuduhannya terhadap Turki bekerjasama dengan ISIS. Kami menolak semua tuduhan tanpa bukti terhadap Turki,” ujar Erdogan.

Beliau dalam pidatonya juga menjelaskan, sedia untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden sekiranya tuduhan Putin itu dapat dibuktikan.

“Saya akan mengundurkan diri daripada jawatan Presiden. Kita bersedia berhadapan dan tidak takut dengan sesiapapun.

“Pihak yang menghalang bantuan kemanusiaan untuk saudara kami sama ertinya mereka bermain api.

“Saya sangat mengharapkan Rusia mengadakan perundingan bersama membicarakan banyak perkara demi kelangsungan hubungan dua hala antara Turki dan Rusia,” ujarya.