Ini biodata Ustazah Marhamah Rosli, timbalan Menteri Agama yang baru

Oleh ROSLAN ZAMAN

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat perubahan kabinet barunya dalam kerajaan sebentar tadi. Pengumuman itu menyaksikan salah satu nama yang dilantik adalah Ustazah Marhamah Rosli sebagai timbalan Menteri Agama yang baru.

Siapa Ustazah Marhamah Rosli? Berikut merupakan portfolio beliau:-

-Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah.

-Penceramah Bebas dengan Tauliah Mengajar Agama dan Al-Quran Negeri Sabah

-Penceramah Tetap Seminar Motivasi Al-Quran SOUL TO SOUL

-Pengasas Jenama Soul to Soul & Mahabbah Muslimah

-Pengasas Sekolah Anak-Anak Asnaf – Pusat Pendidikan Bayu Raudhah Sabah

Anugerah dicapai:

  • Anugerah Wanita Inspirasi 2024:
  • Anugerah Pembangunan Modal Insan 2024
  • Ikon Wanita Motivasi & Inspirasi 2023 (Daerah Tawau)

Dalam sejarah pendidikan, beliau merupakan pemegang Ijazah Undang-undang dari Universiti islam antarbangsa Malaysia (UIAM).

Selian itu berikut merupakan aktiviti sosial yang pernah dibuat:-

  • Pengasas Pengajian Agama & Akademik, Pusat Pendidikan Bayu Raudhah Sabah
    (Putatan)
  • Pengurus Pusat Pengajian Fardhu Ain & Fardhu Kifayah, Akademi Bayu Raudhah
    (Putatan)
  • Pengasas Kelas 4M, Pondok Nur Iman Baqiah, Kg Simpang Mengayau (Kudat)
  • Pengasas Kelas KAFA Muallaf Dewasa, Surau Ar-Raudhah, Kg Pata-Tuhau (Kudat)