Rumah agam milik usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri, bukan calang-calang kediaman. Ia dibina pada tahun 2015 di atas tanah seluas 42,000 kaki persegi di Petaling Jaya.
Iistana ini pernah tular kerana kemewahan luar biasa. Dari bilik pawagam yang direka oleh TGV hingga ke tombol sinki bernilai RM100,000 yang diperbuat daripada kristal Swarovski dari Rusia.
Dengan kos keseluruhan mencecah RM32 juta, ia menjadi antara kediaman paling eksklusif milik rakyat Malaysia.
Ini beberapa fakta mengenai kediaman Aliff Syukri, menurut hantaran Facebook dibuat Cikgu Mohd Fadli Salleh.
1. Istana Aliff Syukri ini dibina pada tahun 2015, terletak di Petaling Jaya.
2. Keluasan tanah 42,000 kaki. 40,000 kali ada binaan atasnya.
3. Nilai tanah sahaja RM13 juta, hiasan dalaman mencecah RM11 juta.
4. Aliff mendakwa dia habiskan RM32 juta untuk siapkan rumah mewahnya ini. Tak pasti dia kira termasuk harga tanah atau tidak.
5. Rumah tiga tingkat ini ada 28 bilik kesemuanya. Aliff Syukri bagitahu kelmarin, 20 buah bilik sangat jarang digunakan.
6. Setiap bilik tidur ada tandas sendiri.
7. Kos maintainece rumah ini sekitar RM40,000 sebulan. Ya, sebulan dah RM40k.
8. Aliff pernah umumkan nak jual rumah ini pada 2018 dengan nilai RM45 juta ringgit. Tak pasti samada tiada yang nak beli atau Aliff berubah fikiran, sehingga hari ini Aliff tinggal di sini.
9. Rumah ini ada bilik karaoke dan pawagam mini. Pawagam itu direka bentuk dan disiapkan oleh pihak TGV.
10. Rumah ini penuh dengan perabot dan alatan mewah. Contohnya perabot jenama Fendi dan Versace. Perabot Versace itu cuma ada 3 unit di seluruh dunia dan satu darinya ada di Malaysia!
11. Rumah ini lengkap dengan fasiliti seperti kolam renang, bilik tetamu, rumah kucing, lif dan ada bilik bawah tanah.
12. Idea dia membina rumah ini timbul masa beliau hadir ke istana pada usia 23 tahun untuk menerima anugerah.
13. Kontraktor yang bina istana Aliff ini adalah kontraktor yang sama membina Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
14. Antara barangan yang mahal melampau kat rumah ini adalah tombol sinki bilik air utama yang berharga RM100,000. Ia tombol kristal Swarovski dari Rusia.
15. Lampu chandelier di tangga utama pula diimport dari Itali dan berharga RM1 juta ringgit.
16. Kos mengecat rumah ni menelan belanja RM300,000. Cat rumah saja RM300k, harga rumah kita sebijik.
17. Beberapa hari lepas, Aliff meluahkan penyesalan memiliki istana itu kerana kos maintenance yang tinggi selain banyak bilik tidak digunakan. Dia merasa membazir pula.
18. “Kalau diberi pilihan, saya lebih rela memiliki rumah yang lebih kecil. Tapi rumah ini saya sudah bina, maka saya redha,” kata Aliff pada wartawan.
19. Alhamdulillah. Ada anak Melayu Islam kaya macam ni rupanya. Berapa agaknya zakat setiap tahun beliau bayar dan berapa ramai asnaf dapat manfaat dari kekayaan beliau.
20. Ada kawan bagitahu, Aliff Syukri dan isterinya ni kuat bersedekah. Cuma sangat jarang ditunjukkan. Alhamdulillah.
Fuh, berasap kepala kan baca fakta tentang istana Aliff Syukri ini. Patutlah Ustaz Azhar ada bagitahu dalam satu siri ceramah beliau,
” Orang kaya yang ada duit banyak ni, mereka hanya merasa nikmat membeli. Nak beli apa boleh belaka.
Namun mereka kehilangan nikmat untuk merasa. Beli sofa berpuluh ribu ringgit, tapi jarang-jarang je duduk sebab sibuk cari duit”.
Baca juga: Pendapatan graduan jual teh masala atas basikal cecah 6 angka sebulan