Seorang pengguna TikTok meraih perhatian ramai selepas memuat naik video saiz ayam gunting yang dibelinya baru-baru ini.
Pengguna bernama Nik Amir meluahkan rasa kecewa, merasakan dia telah ditipu.
“kena scam awal-awal pagi lagi,” tulisnya pada kapsyen.
Dalam rakaman itu, dia menunjukkan ayam gunting yang kelihatan agak besar pada luaran.
Namun realitinya saat tepung terlorot ke bawah, barulah jelas terlihat saiz ayam sebenar yang kecil dan nipis tidak seperti yang disangkakan.
Dia bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi makanan bergoreng yang dibelinya itu.
Seperti biasa, komen netizen Malaysia sentiasa menghiburkan dan tidak kering gusi membacanya.
“Lagi sedih dari karipap oksigen,” komen @MsLily.
“Ayam gunting pun pakai outfit baggy sekarang,” seloroh @iffah
“Weh sorry tapi kita Melayu kalau meniaga memang macam ni. Bagi asal boleh je. Tu je yang aku tak suka pasal orang kita,” kata @Farfarii.
Baca juga: Malaysia di tangga ke 88 dalam Indeks Kebebasan Media Dunia, lonjak lebih tinggi dari tahun lepas