Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus tentang amalan baca Yasin 3 kali pada malam Nisfu Syaaban

Oleh WAN SITI AMINAH

Sedar atau tidak, kita akan memasuki Nisfu Syaaban atau pertengahan bulan Syaaban pada hari Jumaat ini yang menandakan bulan Ramadan semakin hampir iaitu kurang setengah purnama lagi.

Ini bermakna selepas terbenamnya matahari pada hari ini, pasti ramai umat Islam akan mengambil peluang untuk memperbanyakkan ibadah serta memohon keampunan daripada Allah SWT pada malam Nisfu Syaaban.

Antara amalan lazim yang sering dilakukan masyarakat tempatan untuk menyambut malam Nisfu Syaaban yang cukup istimewa ini adalah dengan membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali.

Memandangkan amalan itu sudah menjadi kebiasaan kita sejak lama, timbul pula kemusykilan sekiranya bacaan Yasin sebanyak tiga kali ini wajib untuk dilakukan oleh umat Islam.

Persoalan itu kemudian dirungkai oleh pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dalam satu sesi ceramah yang mana sedutan rakamannya dimuat naik oleh pengguna TikTok di platform berkenaan.

Jelas pendakwah yang juga mesra dikenali sebagai UAI itu, membaca surah Yasin sebanyak tiga kali itu bukanlah amalan wajib namun sesiapa yang mengamalkannya akan beroleh pahala.

“Tidak ada satu hadis pun yang menetapkan amalan pada malam Nisfu Syaaban. Yang ada dalam hadis, dinyatakan bahawa pada malam itu ada satu kelebihan. Kelebihannya adalah Allah buka rahmat yang luas dan mengampunkan dosa.

“Maka, para ulama berkata apa sahaja amalan yang kita lakukan pada malam Nisfu Syaaban seperti surah Al-Baqarah, surah Yasin, sembahyang sunat atau selawat semua dapat pahala di sisi Allah SWT.

“Jangan bergaduh bab ini,” jelas pendakwah berkenaan yang turut menggesa orang ramai agar tidak bertelagah mengenai amalan yang sepatutnya dilakukan kerana semuanya akan diterima Allah SWT.

@hatorisohma3

لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”. [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380] Imam al-Zahabi mengatakan hadith ini dhaif disebabkan terdapat pada sanadnya Ibn Lahi’ah. [Lihat: Talkhis al-‘ilal al-Mutanihiyah, 184]#janjiallahitupasti💕 #niatkeranaallah❤️❤ #mencariredhaallahdanrasul❤️❤️ #ustazazharidrusofficial

♬ original sound – Hatori Sohma – Hatori Sohma

Walau bagaimanapun, pendakwah itu turut memberikan peringatan supaya umat Islam dapat memastikan surah Yasin dibaca dengan betul mengikut makraj huruf dan hukum tajwidnya.

Baca juga: Berdosa ke kalau isteri minta cerai pada suami dalam penjara? Mufti tampil perjelas