Bola sepak merupakan sukan yang digemari setiap lapisan masyarakat bermula daripada kanak-kanak sampailah ke warga emas.
Semangat yang ada dalam diri individu khususnya peminat bola sepak, memang tidak dapat disangkal lagi, apatah lagi jika dapat berkunjung ke stadium untuk sama-sama merasai suasana kemeriahan.
Tetapi apabila tiket yang diharapkan berada di tangan, telah habis dijual, hanya ‘kekecewaan’ menyelebungi diri lebih-lebih lagi ia melibatkan perlawanan penting.
Semalam, media melaporkan kesemua 59,000 tiket untuk aksi separuh akhir Pertama Piala AFF Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada esok malam, habis dijual.
Bagaimanapun, sebanyak 14 skrin besar disediakan untuk peminat bola sepak tanah air.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pihaknya bersama Kementerian Perpaduan Negara mengambil usaha itu bagi memastikan rakyat dapat menikmati aksi berkenaan.
“Semoga sokongan padu ini akan membawa Harimau Malaya ke peringkat akhir,” katanya menerusi ciapan terbaharu di akaun Twitter beliau hari ini.
Jadi, kepada sesiapa yang tidak sempat membeli tiket, ini senarai 14 lokasi skrin besar yang boleh anda tonton:
- Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
- Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
- Kompleks Belia & Sukan Batu Uban, Pulau Pinang
- Meow Garden, Ulu Kinta, Perak
- Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor
- Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
- Perkarangan Majlis Perbandaran Sepang
- Dataran Stadium Kajang
- Dataran Tanah Lesen, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam
- Kompleks Belia & Sukan Paroi, Negeri Sembilan
- Restoran Al Marjan MITC, Ayer Keroh, Melaka
- Dewan Bandaraya Kuantan, Pahang
- Mydin Petrajaya, Kuching, Sarawak
- Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah
Baca Juga: Hati-hati dengan sindiket tawar kerja, dakwa guna maklumat daripada SPA