Intifadah akan kembali, bumi Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa akan dibebaskan

Oleh BORHAN AHMAD

Kita mulakan ayat dengan.. قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ  iaitu seperti yang disebut selalu iaitu sesuatu kuasa yang menguasai dunia ini ada tempohnya seperti kuasa Mesopotamia, kuasa Tamadun Mesir di bawah Firaun, kuasa Roman empire, kuasa empayar Islam dan kuasa Eropah.

Kita tumpu sedikit hal kebangkitan Eropah terutamanya setelah mereka mengalahkan pemerintahan Umayyah tahun 1492 di Andalusia, Cordova yang menjadi satu semangat kepada Eropah untuk bangun dan mengalahkan pemerintahan Islam dari satu tempat ke satu tempat termasuklah di sebelah yang jauh daripada mereka sehingga ke selatan Perancis, sehingga ke selatan Rusia termasuk di China di sebelah Xinjiang.

Oleh itu, kebangkitan Eropah ini dapat mengalahkan pemerintahan Islam satu demi satu sehinggalah empayar pemerintahan orang Islam Uthmaniyah gugur pada tahun 1924 dan semangat kemenangan pihak Eropah itu dan Ketika orang Arab dan orang Islam berada di tahap yang paling lemah di waktu itulah mereka wujudkan pemerintahan Israel iaitu memindahkan orang-orang Yahudi yang berselerak di Eropah ditempatkan di bumi Palestin.

Mohamad Sabu bersama para pemimpin dunia Islam yang berkumpul di Iraq.

Memang orang-orang Yahudi selalu menyebut bahawa bila mereka dapat negara iaitu mereka akan masuk ke negara itu dengan aman dan keamanan itu dijamin.  Tetapi apa yang berlaku ketika terbentuknya negara Israel yang dibawa Yahudi daripada luar untuk berkumpul di situ, mereka tidak dapat buktikan mereka dapat menjaga keamanan sebaliknya samada keamanan yang disebut dalam al-Quran itu atau kitab-kitab mereka sendiri tidak berlaku.

Mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai seperti tahun 1948 di peristiwa Nakbah dan banyak lagi peristiwa-peristiwa yang lain yang besar dan yang terdekat ini adalah Sabra dan Shatila, mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai iaitu mereka tidak menepati langsung kehendak kitab mereka ataupun al-Quran iaitu mereka akan masuk secara aman di tempat itu.

Oleh itu, hujah yang mengatakan itu bumi mereka untuk mereka menegakkan keamanan terbatal dengan sendiri bila mereka melakukan pembunuhan, zalim dan menunjukkan negara apartheid iaitu negara yang tidak mengiktiraf kaum-kaum lain melainkan daripada bangsa Bani Israel.

Negara itu diwujudkan di tengah-tengah kemuncak kekuatan Eropah dan juga bersama dengan Amerika Syarikat dan hampir semua negara Eropah khasnya UK, Perancis dan Amerika Syarikat, Kanada dan sebagainya melindungi, membantu dan mempertahankan negara Israel sehingga ke hari ini.

Tetapi di abad ini dan ia dimulakan dengan kebangkitan revolusi Islam Iran pada tahun 1978 dan 1979 membawa kemenangan di mana kuasa besar Amerika yang bersekutu dengan Israel dapat dihalau oleh rakyat Iraq kemudian menjadi satu suasana baru dunia Islam dan dunia ketiga iaitu kebangkitan untuk mereka membebaskan daripada penjajah kolonial samada Amerika atau Eropah.

Sudah tentulah yang paling dekat sekali adalah kekalahan Amerika dan NATO di tangan rakyat Afghanistan yang berlaku baru setahun yang lalu setelah mereka berada 20 tahun di situ dengan perbelanjaan trillion dollar tetapi akhirnya Amerika dan NATO gagal dan dengan malu NATO terpaksa keluar daripada bumi Afghanistan dan walaupun meninggalkan satu negara yang tidak aman, kelaparan dan sebagainya tetapi yang paling penting di sini kuasa Amerika dan NATO dapat dikalahkan oleh rakyat Afghanistan.

Pada masa yang sama pula di abad ini, kira-kira 50 tahun yang lalu berlaku satu perubahan di mana China muncul sebagai satu kuasa ekonomi yang kuat sekarang sedang menyaingi Amerika. Lautan Pasifik yang dikuasai oleh Amerika dan kuncunya sepenuhnya sekarang sedang dicabar oleh China.

Begitu juga kepulauan di Pasifik mereka sedang mendekati China untuk mereka bernaung di bawah China daripada bernaung daripada Amerika dan Eropah yang jauh daripada mereka. Begitulah juga Taiwan yang ditempatkan segala kekuatan Barat termasuklah Amerika di situ nampaknya mereka tidak mampu menghadapi kepungan China yang berlaku sekarang ini.

Perkembangan yang lain pula iaitu berlaku kerjasama BRIC iaitu antara negara-negara utama Brazil, India, China dan beberapa negara yang lain yang membawa satu ikatan kerjasama yang baru di dalam dunia ini dan boleh mencabar European Union yang telah bermaharajalela menguasai ekonomi dan juga memandu intelektual dunia.

Pada mutakhir ini pula berlaku satu kerjasama yang hebat di antara tiga negara utama iaitu China, Rusia dan Iran. Kita tahu bahawa Rusia mempunyai simpanan tenaga yang begitu banyak iaitu gas dan juga minyak, begitu juga Iran mempunyai simpanan  yang banyak gas dan juga minyak berpadu dengan China yang khazanah mereka yang paling hebat ialah penduduk 1.5 bilion dan konsumer yang tinggi iaitu rakyatnya yang pendapatan meningkat dan masyarakat middle class yang begitu tinggi menyebabkan pasaran barangan di Iran dan Rusia banyak boleh bergantung dengan perkembangan ekonomi China.

Yang hebat lagi ialah kita tahu ketiga-tiga negara tersebut iaitu Rusia, China dan Iran adalah kawasan nuklear. Iran mampu untuk buat bom nuklear tetapi Rakhbar berita utama mengatakan nuklear yang musnahkan kehidupan manusia tidak diizinkan tetapi mereka adalah kuasa nuklear.

Apabila tiga kuasa nuklear ini bersatu ataupun buat kerjasama ia amat-amat membimbangkan Eropah dan pihak Eropah semakin lemah terutama selepas berlaku peperangan Ukraine Rusia yang kita lihat berlaku inflasi yang begitu dahsyat di Eropah khasnya di United Kingdom dan Perancis, dua negara Eropah kuasa utama yang mengalami inflasi yang berat dan mereka terpaksa menanggung tekanan ekonomi yang begitu berat.

Sudah tentulah negara-negara ini dalam jangka yang panjang sudah menjadi sukar untuk mereka mempertahankan wilayah-wilayah yang mereka kuasai secara langsung ataupun tidak langsung. Sebab itulah kita melihat dalam perkembangan yang berlaku ini kuasa Eropah sedang menurun maka kekuatan Israel juga akan menurun sebab Israel bergantung sepenuhnya kepada kuasa Eropah dan kuasa Amerika.

Mohamad berbincang dengan pemimpin umat Islam dari seluruh dunia di Iraq.

Oleh itu, dengan intifadah yang berlaku kira-kira 15 tahun yang lalu dan peperangan yang kebelakangan ini di antara Hamas dan Israel pertarungan yang sengit dan Hizbullah menghadapi 2 kali peperangan dengan Israel dan kali terakhirnya pada 2004 bagaimana kita melihat kekuatan tentera darat Israel dapat dimusnahkan. Apabila mereka masuk ke Lubnan dan terpaksa berundur dengan menanggung kekalahan termasuk kereta kebal yang paling moden jenayah nahkoba dapat dimusnahkan oleh pihak Hizbullah. Jadi sekarang ini sudah menjadi satu keyakinan baru kepada dunia Arab dan dunia Islam dan third world bahawa mereka  boleh bangun untuk mencabar kuasa mustakbirin (sombong) dunia yang sedang berkuasa sekarang dan bermaharajalela dan mereka sedang menuju kepada akhir garisan sekarang ini.

Sebab itu saya berkeyakinan dengan kemunculan, keberanian orang-orang Islam dan Arab terutama sekali samada Hizbullah, Hamas, Jihad dan juga keberanian rakyat Iraq untuk menghalau Amerika keluar daripada bumi mereka dan juga rakyat Syria yang sekarang sedang bangun untuk menghalau Amerika dan menghalau kuncu-kuncu Amerika yang beroperasi di negara mereka.

Ini satu fenomena baru yang amat digeruni oleh Israel. Oleh itu, untuk mengembalikan rakyat Palestin untuk pulang ke tanah air mereka right to return insyaAllah akan berlaku tidak lama lagi dengan perubahan-perubahan regim, perubahan iklim politik dunia. Kini kita lihat dominasi Amerika dan Eropah sedang menuju kepada penghujung dan dominasi baru akan muncul dan kita lihat mereka ini seperti China, Rusia tidak begitu memihak kepada Israel secara khusus walaupun mereka ada hubungan diplomatik secara khusus seperti negara-negara Eropah dan Amerika yang melahirkan negara Israel ini.

Oleh itu, saya berkeyakinan penuh sebagai bekas Menteri Pertahanan Malaysia, saya melihat perkembangan ini dan kita yakin dengan kekuatan politik, semangat intifadah rakyat Palestin akan dapat kembali ke tanah air mereka dan Baitul Maqdis Masjid al-Aqsa akan dibebaskan tidak lama lagi.

  • Ucapan Mohamad Sabu, Presiden AMANAH di Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Al Quds di Iraq kelmarin. Turut berucap di persidangan ini ialah Mufti Lubnan Sheikh Abdul Latif Derian, Mufti Russia Sheikh Rawil Gaynutdin, ulama besar Syria Syeikh Ala’uddin Zaa’tari, wakil parlimen Afrika Selatan, Mr Zwelivelile Mandela yang juga cucu kepada Nelson Mandela dan lain-lain.