IShowSpeed serik nak masuk WWE lepas kena campak dari pentas

Oleh KIM SYAZIE

Pencipta kandungan YouTube dari Amerika Syarikat, IShowSpeed menjadi perhatian ramai selepas dia dicampak keluar dari pentas WWE sehingga mengalami kecederaan.

Dia dicampak oleh Bron Breakker ketika melakukan penampilan pertama sebagai tetamu jemputan dalam saingan Royal Rumble WWE, kelmarin.

Susulan itu dia berkongsikan rasa kesalnya dan mengatakan tidak akan lagi menyertai pentas WWE pada masa akan datang.

Ini kerana dia mengalami kecederaan sehingga perlu mengguna tongkat dan penyokong leher.

Dalam video tular, dia yang masuk sebagai peserta kelapan dilanggar dengan keras sebelum dicampakkan ke meja pengulas dengan perkongsiannya di laman X menyaksikan dia memakai pendakap leher dan sedang bertongkat.

“Tidak akan (sertai) lagi WWE,” katanya.

IShowSpeed pernah bercuti di Malaysia tahun lalu, dan mendapat perhatian ramai kerana sikapnya yang terlebih aktif dan terlebih teruja.

Baca juga: Benarkah wanita dibolehkan memakai minyak wangi? Ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus