Istana sahkan ada Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu 16 Jun ini

Oleh Oleh MALAYSIA DATELINE

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menganjurkan sesi perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Rabu 16 Jun 2021.

Dalam kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menjelaskan perbicangan khas Raja-raja Melayu adalah inisiatif Seri Paduka Baginda dan akan dipengerusikan oleh Baginda.

Menurutnya, perbincangan khas ini berkaitan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksanaan semasa tempoh darurat.

Perbincangan khas ini adalah hasil kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Paduka Baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.

“Kali pertama Perbincangan Khas Raja-raja Melayu telah dianjurkan dan berlangsung pada 25 Oktober, 2020 di Istana Negara,” katanya.

Dilaporkan Agong menitahkan tujuh pemimpin parti politik utama di negara ini termasuk pembangkang menghadap Baginda.

Pada hari ini seramai empat pemimpin telah menghadap Baginda antaranya Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.