Kalau rasa diri mampu memikul tanggungjawab tanpa pasangan, tidak perlu menyiksa dengan tetap meneruskan perkahwinan kalau hati sudah tawar.
Apatah lagi usia perkahwinan sudah melebihi 10 tahun, pastinya sudah masak akan perangai pasangan sendiri.
Seorang lelaki, Man (bukan nama sebenar) keliru akan perubahan sikap isteri selepas berkawan dengan wanita sama tempat kerja dengannya.
Di bawah adalah kisah yang dimuat naik melalui portal luahan perasaan atas talian.
Aku ni dah kahwin 15 tahun. Ada anak empat orang. Kerja elok dan isteri aku pun sama ada kerja yang elok. Cukup makan pakai semua. Nak melebih je tak cukup.
Semua elok. Sampailah tiga tahun lepas. Isteri aku ni dia periang, hidup rancak, kelakar, bising dan orang yang motivasi tinggi.
Bayangkanlah dia duduk dalam gred dia tiga ke empat tahun sahaja sudah lompat. Dengan keluarga, dengan kawan-kawan, dengan tempat kerja, semua elok.
Biasanya bila isteri macam ni, suami dia macam aku lah. Terbalik daripada semua aspek. Pendiam, baik, tak selalu kelihatan dan hidup dalam fasa sendiri.
Lepas isteri aku lompat gred, dia tukar jabatan. Biasalah dia, mudah disukai. Dan jenis dia memang tak berlebih dengan lelaki. Tu memang pasti sebab tu aku yakin dan percaya dia.
Tapi malangnya kali ni, dekat jabatan baru, dia ada seorang kawan rapat. Perempuan.
Dia memang banyak kawan rapat sebelum ni. Selalunya semua aku kenal. Sebab jenis kawan dia lepak-lepak kat rumah bila aku tak ada dan aku ok.
Cuma kali ni, lain. Dia start ada password phone. Kemudian asyik lepak dengan sorang ni je. Dulu dia tak tahu lepak berdua, dia memang sekumpulan.
Pernah lah aku terbaca mesej dia dengan kawan dia, bersayang-sayang. Mulanya dia kata hanya main-main. Makin lama, makin kritikal.
Ada sekali dia lupa tutup WhatsApp Web, memang aku tau dah lain. Ada ayat peluk, cium, rindu dan lain-lain. Aku sampai keliru nak marah atau nak rasa apa.
Isteri aku ni sebelum aku lawan, semuanya sama je. Lepas aku tanya dia, dia cakap nak cerai, sebab aku tak berfungsi sebagai suami.
Bukan aku tak berfungsi, tapi memang kemampuan aku banyak tu je. Sebab tu dia banyak tolong bantu itu ini.
Masuk tahun ni dah dua tahun kami tak bersama. Cakap bila penting sangat sangat. Tapi masih satu rumah, lain bilik.
Tapi aku confuse sebab dia ok sahaja jaga anak, kerja semua elok. Aku keliru, adakah itu dikategori sebagai curang atau tidak.
Aku pernah marah dia pasal kawan dia, dia cakap ceraikan dia tapi dia nak anak-anak. Aku pun nak anak-anak juga.
Aku tak tau apa nak jadi dengan apa nak buat. Sekarang ni kalau ikut je apa nak jadi memang sampai tua lah macam ni.
Aku nak juga ada kawan sembang, tapi dia tak mahu dah sembang dengan aku sebab dulu aku diam je bila dia cakap.
Aku tahu dia selalu kerja luar kawasan dengan wanita sama, aku tahu dia sayang kawan dia tapi macam mana pula dengan aku.
Baca juga: “Mak tergamak tuduh kakak goda ayah, halau keluar rumah tanpa tahu hal sebenar”