Isteri demam di Makkah, Jalil Hamid luah rasa risau

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak risau jika orang tersayang berada jauh beribu kilometer dan sukar untuk dihubungi pula.

Buat pelakon senior Jalil Hamid, dia mengakui bimbang selepas gagal mendapatkan khabar berita mengenai keadaan isterinya, Haryati Sariat.

Haryati kini berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji lapor Harian Metro.

Menurut Jalil, dia gagal mendapatkan info mengenai isterinya namun akhirnya berpeluang untuk berhubung dan dimaklumkan isterinya tidak berapa sihat.

“Saya dah cuba hubungi dia tetapi talian tidak berapa baik dan tersekat-sekat. Selepas menanti, barulah petang tadi (Isnin) saya dapat bercakap dengan dia.

“Tapi saya terkejut kerana dia beritahu dia demam. Jadi saya mula susah hati dan saya berdoa supaya dia diberikan kesihatan yang baik dan cepat pulih,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Kongsi pelakon berusia 69 tahun itu, isterinya mengalami bengkak di bahagian kaki kerana terpaksa berjalan sejauh tiga kilometer di antara tempat penginapan dan masjidil haram.

“Ini kerana dia perlu berjalan sejauh tiga kilometer dari hotel ke masjidil haram untuk menunaikan ibadah.

“Kebetulan, dia memang ada penyakit ketumbuhan pada bahagian pada tumit kaki. Keadaan itu memburukkan kesakitannya,” kongsinya.

Baca juga: Guru ditukar 24 jam lepas gegendang telinga murid pecah, bapa kongsi cara buat aduan