Isteri menangis di pelukan, Ali Puteh jual kereta serta 7 trofi demi lunas hutang balu Abam

Oleh KIM SYAZIE

Pelawak, Ali Puteh tidak duduk diam untuk melangsaikan hutangnya kepada balu Allahyarham Abam apabila kini telah menjual satu persatu barangan peribadinya termasuk kereta, motosikal serta trofi.

Dalam hantaran Instagram seorang individu yang juga rakannya, momen melepaskan kenderaan tersebut sarat dengan rasa sebak sehingga isterinya, Melati Fitri Abdullah menitiskan air mata.

“Honda Accord, ‘sold’. Terima kasih hamba Allah ini datang dari Johor Bahru. Sangat mudah berurusan,” tulis keterangan video dalam laman sosial berkenaan.

Menerusi paparan tersebut, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, dilihat memeluk serta menenangkan insan tersayang yang tidak mampu menahan sebak.

Sebelum itu, dalam Instagram sama sebuah motosikal RXZ rona merah yang dikatakan milik adik kepada Allahyarham Abam Bocey itu juga sudah mendapat pemilik baharu.

Paling mendapat perhatian pengikut pelawak terbabit adalah ketika dia bersama isteri dan rakannya itu mengumpulkan piala kemenangan beberapa program realiti, dua hari lalu.

Baca Artikel Penuh