Zaman sekarang saudara terdekat pun boleh jadi punca keretakan rumah tangga, apatah lagi selepas diberi peluang untuk duduk serumah.
Niat hanya nak membantu, maklumkan harga sewa bilik semakin mahal, kalau duduk dengan saudara boleh ringankan beban.
Menurut laman berita Detik, Seorang pensyarah sebuah universiti swasta di Gorontalo, wilayah Sulawesi Utara kantoi berdua-duan dengan anak saudaranya sendiri.
Lebih menyedihkan, mereka ditemui berada di dalam bilik rumahnya di Bolango oleh isteri kepada pensyarah tersebut.
Si isteri yang dikenali sebagai Windayani, anak saudara suaminya iaitu S, dibenarkan untuk tinggal di rumah mereka.
Namun dia mula merasa curiga sejak tahun lepas selepas suaminya dilihat kerap menghubungi S walaupun serumah.
Malah Windayani juga pernah melihat suaminya menerima video lucah daripada anak saudaranya.
Ini menyebabkan dia menjadi semakin curiga dan yakin bahawa suaminya mempunyai hubungan terlarang dengan anak saudaranya.
“Ternyata pada waktu malam saya berpura-pura tidur, jelas dari ekor mata apabila saya melihat suami saya menerima video bogel anak saudara ini,” jelasnya.
Disebabkan itu, Windayani memaklumkan dia senyap-senyap memasang kamera sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di rumahnya tanpa pengetahuan suaminya.
“Saya temukan beberapa barangan milik wanita lain di bilik saya dan suami. Itu bukti pertama dan saya terus memasang CCTV,” ujarnya.
Windayani kemudian membuat laporan polis sebelum menangkap suami dan anak saudaranya di rumah mereka.
“Saya, polis dan penduduk menangkap mereka berdua di dalam bilik dan mereka dibawa ke balai,” ujarnya.
Baca juga: Nak kaut untung punya pasal, peniaga tergamak jual “burger stadium” letak patti ayam separuh