“Isteri pernah nak minta berpisah, gara-gara aku tak bagi dia rapat dengan kawan dia yang pernah suka kaum sejenis”

Oleh MAISARAH AISYA

Suami mana sahaja yang selesa jika isteri lebih selesa dengan rakan berbanding dirinya, apatah lagi jika kawan tersebut pernah ada sejarah suka akan kaum sejenis.

Lebih menyakitkan hati apabila si isteri lebih rela mempertahan kawan perempuan berbanding suami sendiri.

Seorang lelaki terkedu apabila isterinya tidak mendengar nasihat malah melawan cakapnya bila topik mengenai rakan perempua isteri timbul.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Saya seorang suami, mempunyai dua orang cahaya mata. Sejak kebelakangan ini kawan perempuan kepada isteri saya sering berkunjung, tidur ke rumah saya.

Terlalu kerap sehinggakan saya mula merasa kurang selesa untuk berada di rumah tersebut.

Saya dahmaklum kepada isteri saya tentang perkara ini, tapi isteri tetap bagi alasan kawannya itu membantu urusan rumah dan jaga anak saya yang masih bayi.

Beberapa kali saya nasihat isteri saya, akhirnya perkara ini tidak berlaku lagi.

Tetapi mereka masih berhubung secara rapat, berjumpa secara kerap dan hubungan mereka sangat akrab.

Rakan minat kaum sejenis

Saya khuatir kerana kawannya ini seorang janda yang telah bercerai beberapa kali dan mempunyai masalah minat akan sama jantina.

Saya tidak mahu menuduh, tapi pengakuan ini pernah disampaikan kepada isteri saya oleh wanita tersebut dan katanya lagi dia telah bertaubat.

Saya sebagai suami sering menegur isteri saya untuk lebih berhati-hati dalam menjalinkan persahabatan sehinggalah teguran-teguran saya mula dibalas dengan keras.

Mana tidaknya, bila mereka berdua saya tidak dihiraukan, sekiranya isteri saya tanpa kawannya dia akan ajak saya makan diluar dan enjoy hari kami bersama.

Sekiranya kebimbangan saya ini tidak normal saya mohon maaf mungkin saya cemburu peranan saya digantikan oleh orang lain.

Mula tak dengar cakap

Isteri saya lebih mempertahankan kawannya berbanding saya. Segala nasihat saya diketepikan dan dia mempunyai sikap yang dingin bila menyentuh tentang kawannya.

Sehinggakan hubungan kami yang harmoni bertukar konflik, bukan kerana saya melakukan apa-apa masalah.

Tetapi kerana saya tidak bersetuju si isteri bergaul rapat dengan kawannya. Sampaikan isteri saya minta saya rujuk ke pejabat agama (pisah).

Saya faham apa itu erti persahabatan, sebelum ini saya tidak pernah menghalang mana-mana kenalan wanita dia untuk berkawan dengannya.

Macam sudah berpasangan

Tetapi dengan kawan yang ini hubungannya dah macam loving couple, di TikTok dah macam orang yang bercinta.

Mentua saya tegur perkara ini, dia lawan. Saya pun dia lawan. Sebagai seorang suami saya bertanggungjawab menyelesaikan perkara secara baik.

Saya sendiri sudah WhatsApp kawan isteri saya untuk aturkan masa berjumpa dengan saya dan isteri untuk meleraikan kekusutan ini.

Saya tidak mahu bercakap belakang, saya nak selesaikan secara berhadapan tanpa melibatkan sebarang emosi dan bertindak secara rasional.

Sekiranya saya yang salah dalam hal ini saya sedia menerima akibatnya, sekiranya terdapat masalah terhadap isteri saya. Saya sedia membantu dia keluar dari konflik ini.

Baca juga: “Puas aku cari anak angkat gembirakan isteri, akhirnya dia hamil dengan orang lain”