Betapa hancurnya hati seorang wanita apabila mendapat tahu suami tersayang pernah menghamilkan perempuan lain sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga.
Lebih memburukkan keadaan, perkara itu baru diketahui ketika usia pernikahannya belum genap setahun selepas menemui bil rawatan hospital lama yang berada di dalam simpanan suaminya.
Difahamkan, bil tersebut adalah bukti pembayaran untuk rawatan di sebuah hospital bagi wanita yang mengalami keguguran dalam tempoh dua tahun sebelum mereka berkahwin.
“Aku berkahwin belum genap satu tahun lagi tetapi sudah bercinta dengan suami hampir empat tahun. Dua bulan lepas, aku periksa bil-bil lama suami sebelum kami nikah. Jumpa bil untuk wanita keguguran dan rawatan psikologi.
“Aku periksa pula aplikasi Whatsapp dalam telefon suami dan terjumpa satu nombor yang tiada daftar nama. Dari situlah aku tahu segalanya. Dia berkenalan dengan wanita lain ini dua tahun lepas. Waktu itu kami bergaduh.
“Seingat aku, masa itu kami putus sekejap. Mereka berdua berkenalan dan akhirnya berzina. Aku baca mesej mereka, memang salah suami aku sebab dia yang hubungi wanita itu meminta maaf dan nak bertanggungjawab,” katanya.
Mesej daripada suaminya itu bagaimanapun dibiar tidak berbalas sehinggalah wanita ‘lain’ terbabit memaklumkan bahawa dirinya kini sedang mengandungkan anak di luar pernikahan.
Namun suaminya sudah berubah fikiran ketika itu kerana sudah mengikat tali pertunangan dengannya dan enggan bertanggungjawab atas kandungan tersebut malah turut menuduhnya anak orang lain.
“Waktu itu, aku dan suami bercinta balik. Perempuan itu minta suami bertanggungjawab tetapi dia tak nak. Sebab sudah bertunang dengan aku. Perempuan itu merayu-rayu tetapi suami aku kata bukan anak dia.
“Perempuan itu cakap suami aku tahu dia adalah orang pertama. Siap hantar gambar darahlah sewaktu mereka bersama. Suami aku tetap cakap itu bukan anak dia. Selepas itu perempuan itu hilang lama jugalah.
“Satu hari dia mesej minta tolong suami aku bayar untuk rawatan di hospital. Katanya dia sudah dihalau oleh mak dan ayahnya keluar dari rumah. Kemudian dia keguguran di tempat kerja sebab terlalu penat,” kongsinya.
Menurut isteri terbabit, apa yang membuat dirinya merasa terkejut adalah sikap suaminya ketika kejadian itu berlaku kerana bukan sahaja memberikan respons dingin malah turut mendedahkan isu keperawanannya sendiri.
Perkara itu dikongsikan oleh sang isteri menerusi satu hantaran tular yang dimuat naik di aplikasi X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) tanpa mendedahkan identiti mana-mana pihak.
“Suami aku ada minta maaf. Perempuan itu kata, perkara sudah jadi. Tiada guna, dia sudah hilang mak ayah, dara dan anak. Suami aku balas kejam jugalah. Dia minta maaf sebab sudah ambil dara wanita itu.
“Katanya, nanti ada lelaki lain yang akan terima wanita itu macam mana dia boleh terima aku yang tiada dara ini. Apa kejadahnya. Ya, memanglah dia tahu aku sudah tiada dara masa itu. Dia juga tak pernah sentuh aku.
“Aku pernah terlanjur dan tertipu dengan lelaki lain. Aku juga puas merayu minta bekas kekasih bertanggungjawab. Tetapi aku bersyukur tak hamil walau sekali sahaja terlanjur. Kisah silam suami buat aku fikir. Kasihan sangat perempuan itu.” Kesalnya.
Sang isteri juga menyedari bahawa kejadian yang berlaku adalah kifarah buat dirinya sendiri namun masih lagi tidak tenang terutamanya apabila memikirkan masa hadapan perempuan dianiya oleh suaminya itu.
Baca juga: Bapa durjana! Anak dedah jadi mangsa serangan seksual sejak usia 11 tahun