Istiadat Pembukaan Parlimen, Belanjawan 2023 tumpuan sidang kali ini

Oleh MALAYSIADATELINE

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 Isnin (13 Feb) ini, yang kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, pada 19 Dis lepas telah diadakan persidangan Dewan Rakyat pertama di bawah Kerajaan Perpaduan selama dua hari, antara lain melibatkan pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10, serta pembentangan bajet mini. 

Menurut takwim di laman web Parlimen, persidangan kali ini yang berlangsung selama 29 hari tertumpu kepada perbahasan Titah Diraja bermula 15 Feb hingga 21 Feb serta pembentangan semula Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 oleh Anwar merangkap Menteri Kewangan, yang dijadual berlangsung pada 24 Feb. 

Baca Artikel Penuh