Melalui surat bertarikh 3/6/2011 daripada SRC kepada Najib (eksibit kes pendakwa P-364) di atas kapasiti Najib sebagai PM dan Menteri MoF, SRC pohon dana untuk SRC dalam bentuk pinjaman. Berapa nak pinjam? RM 3.95 bilion je. Pinjam dari siapa? Dari KWAP.
Pada 5/6/2011, Najib pula tulis minit kat surat SRC tersebut (eksibit P-364 tu) yang dialamatkan kepada CEO KWAP (saksi pendakwa yang ke-38 ( SP-38 ) yang mana Najib SETUJU dengan cadangan SRC itu.
Surat SRC ( eksibit P-364 ) yang ada minit Najib itu kemudiannya dihantar pula secara kendiri (personal service) kat CEO KWAP ( SP-38 ). Di mana? Di lobi hotel di KL Central. Bila? Lepas waktu pejabat. Siapa yang hantar? Arwah Datuk Azlin Alias – SU sulit utama (principal ) Najib di PMO.
Selepas dapat surat SRC itu (eksibit P-364 tu), CEO KWAP itu ( SP-38 ) minta Jabatan Pendapatan Tetap ( fixed income department ) KWAP untuk proses permohonan SRC itu.
Seperti yang diketahui, akhirnya permohonan pinjaman SRC itu pun diluluskanlah oleh Panel Pelaburan KWAP sebanyak RM4 bilion- RM2 bilion lulus pada 2011 dan baki RM2 bilion pula lulus pada 2012.
Bagaimana boleh lulus ya? Antaranya, sebab ada Jaminan Kerajaan ( GG ) lah. Dan proses permohonan GG itu pula dibuat atau diuruskan oleh MoF.
Seperti saya beritahu semalam, asalnya kertas cadangan dari Panel Pelaburan hanya cadang RM1 bilion sahaja pinjaman kepada SRC sebab, antaranya, SRC itu masih dikira hanya sebuah syarikat baru dan tidak ada track-record dalam bidang yang diceburi.
Oleh itu, jika diluluskan pinjaman RM3.95 bilion seperti dipohon, logiknya, ia mengundang risiko “over-concentration” kepada KWAP sebagai peminjam.
Tapi…Pengerusi Panel Pelaburan KWAP ( yang juga KSU MoF ) telah dimaklumkan secara peribadi oleh Najib bahawa…
InsyaAllah kita sambung esok ya…
والله اعلم