Jabatan Audit Negara untuk kali kedua gagal menyerahkan laporan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) sehingga tarikh akhir awal Februari ini.
Sumber PAC yang enggan dikenali dipetik Malay Mail Online sebagai berkata, jawatankuasa parlimen menjangkakan menerima laporan itu seawal akhir bulan ini
ataupun pada Mac.
“Tidak,” kata sumber itu dalam mesej teks kepada pemberita apabila ditanya sama ada PAC telah menerima laporan berhubung 1MDB.
“Kemungkinan paling cepat akhir bulan ini. Mungkin pada Mac,” kata sumber ketika ditanya bila Jabatan Audit Negara diangka menyerahkan laporan kepada PAC.
Usaha pemberita untuk menghubungi Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang tidak dijawab.
Akhir Disember lalu, Hasan dalam satu kenyataan berkata PAC memberikan masa kepada Jabatan Audit Negara untuk melengkapkan laporan akhir berhubung syarikat pelaburan kedua negara, 1MDB seawal bulan Februari 2016.
Hasan juga berkata pada 20 Januari bahawa PAC bercadang membentangkan laporan itu kepada parlimen pada Mac.
Ini adalah penangguhan kedua dilakukan Jabatan Audit Negara setelah jabatan terbabit gagal menyiapkan laporan tentang 1MDB 17 Disember lalu atas alasan
‘maklumat tidak terkini’ (outdated information).
Dalam satu kenyataan 16 Disember lalu, Hasan berkata Jabatan Audit Negara perlu diberi ‘masa yang mencukupi’ untuk menyiapkan laporan sebelum diserahkan kepada PAC.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib azak telah mengarahkan PAC pada Mac tahun lalu intuk menyiasat 1MDB, syarikat pelaburan negara yang dibebani hutang dan mendapat perhatian antarabangsa.