Jadi wanita Asia pertama raih Oscar, ucapan Michelle Yeoh disunting media Korea

Oleh KIM SYAZIE

Sebuah stesyen televisyen di Korea Selatan bertindak menyunting perkataan ‘wanita’ dari ucapan Tan Sri Michelle Yeoh baru-baru ini.

Menjadi wanita Asia pertama memenangi anugerah berprestij, Oscar, Michelle memberikan ucapan yang menginspirasi khususnya buat kaum hawa.

Kejayaan Michelle itu menjadi kebanggaan di seluruh Asia di mana berita tersebut turut disiarkan oleh agensi media Korea Selatan, SBS News.

Namun begitu, agensi tersebut menyunting perkataan ‘wanita’ dari ucapan Michelle dan menggantikan dengan perkataan ‘anda semua’ di dalam sarikata.

Menurut laporan akhbar negara itu, SBS News kemudian memadam sebelum memuat naik semula rakaman asal di laman portal atas talian milik agensi itu.

Hal ini kerana ruangan komen postingan itu dipenuhi dengan kecaman dan kritikan dari pengguna media sosial asal Korea Selatan.

Baca Artikel Penuh