“Siapa yang mengetuai dan menguasai dunia?”. Tentunya, golongan Geezers (istilah ini biasanya merujuk kepada orang tua yang berkelakuan aneh dan boleh membawa konotasi sama ada usia atau eksentrik). Dan semestinya demikian, kata ahli sains saraf Daniel Levitin.
Paras rupa pemimpin dan ketua pegawai eksekutif dunia mungkin terlalu putih dan terlalu kelelakian, tetapi penyelidikan menunjukkan bahawa ia pasti tidak terlalu kelabu.
“Boomers (mereka yang dilahirkan diantara tahun 1946 hingga 1964) seharusnya menguasai semuanya,” kata Levitin. Dari bidang radiologi hingga pembinaan, “anda menginginkan seseorang yang berumur 65, bukan 35, kerana ia memerlukan banyak masa untuk mengumpulkan kepakaran sejati,” katanya.
Ya, kita memerlukan semangat muda untuk mencabar status quo, tetapi dalam buku Idea Baru Terbaik dalam Persaraan Edisi kedua cuba hayati pemikiran ini: Budaya kita mungkin menghabiskan terlalu banyak masa untuk meraih prestasi golongan muda dan tidak cukup mengambil kira masa stok kebijaksanaan orang-orang tua.
Buku Levitin, “Succesful Aging” adalah bacaan yang optimis bagi sesiapa yang mula menghitung hari lahir dengan keraguan.
Fikiran kita menjadi perlahan dan menurun di banyak bidang seiring bertambahnya usia, tetapi kita juga menjadi lebih bijak. (Yodas (makhluk Master Jedi) sejati tidak pernah muda. Saiznya kecil tetapi bijak dan hebat,)
Kebijaksanaan berasal dari sekumpulan hal-hal terkumpul yang telah kita lihat dan alami, kemampuan kita untuk mengesan corak dalam pengalaman tersebut, dan kemampuan kita untuk meramalkan hasil masa depan yang didasarkannya.
Kebijaksanaan melalui pengalaman tentu saja bukan semudah diberikan.
Usia tua menghasilkan sebanyak mungkin pelajar seperti pemerhati.
Kita perlu menjaga otak kita agar lincah dan cerdas : Jangan berhenti atau bersara.
Kita tidak seharusnya membenarkan ‘fikiran atau pemikiran’ kita untuk bersara kerana ia adalah sesuatu perkara buruk.
Seperti otot, otak perlu dilenturkan, diregangkan dan dicabar. Ia perlu bersenam. Semua orang berasa atrofi (kelumpuhan hati nurani) kerana tidak mengambil bahagian.
Tidak bersara tidak bermaksud kerjaya tidak akan pernah berakhir.
Tetapi mereka harus diganti dengan karya baru, usaha baru, kesenangan baru, dan sesuai dengan tema siri ini: idea baru.
Sudah tentu, ramai di antara kita berjaya menenangkan fikiran kita walaupun kita selalu muncul untuk bekerja setiap hari.
Dalam satu ceramah mengenai perlunya pembaharuan diri, John W. Gardner menyatakan bahawa terlalu ramai orang yang menderita nasib ini, sehingga seolah “kita menghabiskan sisa hidup dengan kepala di simen ke batu. ”
Berita baiknya ialah orang lama tidak perlu disisihkan, cuma harus mempelajari helah baru.
Penyelidikan terbaru mendapati minda kita lebih mampu mempelajari kemahiran baru dan terus berkembang hingga usia tua daripada yang difikirkan sebelumnya.
Neuroplastik akan berterusan sehingga kita mati.
Tetapi, seperti masa reaksi, ia agak perlahan, dan sejauh mana pembentukan semula otak terjadi berkurang seiring bertambahnya usia kita.
Salah satu perkara paling selamat yang dapat anda lakukan terhadap penuaan adalah dengan mempelajari kemahiran manual semasa anda masih muda dan mengamalkannya.
Perkara terbaik seterusnya yang boleh anda lakukan ialah mula belajar sesuatu yang baru walaupun anda sudah berusia.
Pembelajaran sepanjang hayat, dan keperluan untuk menjana semula adalah tema yang seiring melalui Idea Baru Terbaik dalam Persaraan.
Kita perlu memikirkan kembali ritual ini dan semua implikasi budaya, emosi dan kewangannya.
Tidak ada jalan pintas ke arah kebijaksanaan dan kepuasan, tetapi kisah-kisah ini semuanya menunjukkan bahawa fleksibiliti dan keterbukaan kepada diri kita sendiri dan orang lain adalah kunci.
Jadi lentur-teganglah. Cuba miliki minda plastik dan berjiwa getah. Jalankan mutha ini.
—————
Azizi Ahmad adalah pembaca yang cuba memiliki minda plastik dan berjiwa getah.