Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sebuah restoran yang baru-baru ini terpalit kontroversi kerana menu nasi lemaknya, tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Dalam satu kenyataan, Jakim menyenaraikan restoran tersebut iaitu bungkus kaw kaw bersama lima premis terkenal yang lain sebagai tidak mempunyai sijil halal.
Lima premis itu termasukla premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw.
Ia didapati bukan pemegang sijil SPHM.
Semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL Jakim selepas menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.
“Untuk makluman, pertanyaan itu telah diajukan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jakim.
“Berdasarkan semakan semula yang dibuat melalui Portal Halal Malaysia mendapati premis makanan berangkai jenama Ayam Penyet Best telah mempunyai empat outlet yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah,” ujar kenyataan di laman Facebook Jakim
Jelas kenyataan itu, Jakim juga sudah mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September lalu jam 11.36 malam iaitu hari pada yang sama diberi maklum balas atas pertanyaan yang diajukan.
Kenyataan itu turut memaklumkan, sebarang status halal bagi mana-mana premis atau produk, pengguna boleh melakukan semakan di Portal Halal Malaysia melalui pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php
“Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama,” ujar kenyataan.
Baca juga: Risau kelapa parut cepat masam? Ini tip nak simpan, boleh tahan 3 bulan!