Jalan berpegangan tangan, Diana Danielle dan Farid Kamil bakal rujuk semula?

Oleh WAN SITI AMINAH

Nama bekas pasangan pelakon popular, Farid Kamil dan Diana Danielle kembali menjadi sebutan selepas ‘ditangkap’ berpegangan tangan baru-baru ini.

Pasangan yang sudah bercerai itu kelihatan cukup mesra ketika muncul di tempat awam di sekitar kawasan Mont Kiara, Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu.

Bukan itu sahaja, pasangan dua sejoli tersebut juga seakan-akan memberi bayangan bahawa mereka kini berada di dalam proses untuk berbaik semula.

Khabar baik tersebut disampaikan pasangan berkenaan menerusi satu sesi temu bual pendek yang dimuat naik di laman TikTok milik portal berita, Budiey.com.

Menganggap perkara yang telah berlaku sebagai satu musibah, Farid turut mengakui bahawa dirinya telah mendapat nikmat di sebalik penceraiannya bersama Diana.

@budieychannel

Betul ke mereka akan bersama semula deni anak-anak & keluarga? Nantikan podcast BORAK SINI HABIS SINI. #boraksinihabissini #budieychannel

♬ original sound – Budiey – Budiey

“Walaupun ia satu musibah, dia sebenarnya kalau dilihat, ia merupakan satu nikmat juga,” ujar Farid secara ringkas di dalam video pendek yang disiar Budiey itu.

Diana yang turut tampil di dalam sesi temu bual berkenaan memaklumkan bahawa segala keputusan yang dibuat oleh dirinya adalah terbaik buat keluarga.

Sanggup menghadapi segala risiko di atas keputusannya untuk berbaik, Diana enggan ambil peduli dengan pendapat orang lain yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

@budieychannel

Diana Danielle & Farid Kamil bersepakat buat keputusan untuk…? Nantikan podcast BORAK SINI HABIS SINI #sembangentertainment #budieychannel

♬ original sound – Budiey – Budiey

“Saya adalah seseorang yang berani mengambil risiko dan saya langsung tidak kisah sekiranya ada orang yang tidak bersetuju dengan keputusan saya.” Ulas Diana.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata peminat merasa teruja dan mendoakan agar pasangan tersebut kembali rujuk semula sebagai suami isteri.

“Semoga mereka berdua dapat rujuk semula dan perbaiki kelemahan masing-masing demi rumah tangga mereka. InsyaAllah,” kongsi seorang peminat.

“Alhamdulillah, rujuk semula. Semoga jodoh mereka kekal hingga ke jannah.” Kata penonton video tersebut yang tulus mendoakan Farid dan Kamil.

Tangkap layar video yang memaparkan Diana dan Farid Kamil berpegangan tangan.

Kemelut rumah tangga pasangan itu mula terdedah selepas Diana menfailkan permohonan cerai atas alasan shiqaq atau perbalahan berpanjangan pada 10 Mac lalu.

Farid yang mulanya tetap dengan pendirian untuk enggan berpisah itu akhirnya melafazkan cerai pada 10 Ogos lalu menerusi aplikasi Google Meet.

Lafaz tersebut dilakukan dalam prosiding atas talian (online) di dalam dewan bicara Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.

Hal ini berikutan Farid tidak dapat hadir ke mahkamah kerana masih belum sihat sepenuhnya selepas sembuh daripada penyakit berjangkit, Covid-19.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 lalu dan hasil perkongsian itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Baca juga: Seterika hangus pun boleh bersih berkilat tanpa perlu sental, cuma guna 7 bahan ini yang ada dekat dapur