“Sel kanser yang sebelum ini di bahagian paru-paru kini merebak ke bahagian otak sebesar tiga sentimeter (cm)..”, itu kata Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar seperti dilaporkan Berita harian.
Keadaan kesihatan Datuk Seri Jamal Md Yunos terus merosot sejak disahkan mengalami kanser paru-paru sejak september 2022. Sebelum ini media melaporkan Jamal beberapa kali masuk hospital selepas tahap kansernya ditahap ke empat.
Memetik portal Berita Harian, Ketua Umno Bahagian yang kini dirawat di hospital swasta Ampang itu mengesahkan penyakitnya itu kini sudah merebak ke bahagian otak.
“Sebelum itu, saya mengalami kesakitan di leher dan kepala ketika memasak di rumah.
“Selepas menjalani ujian pengimejan resonans magnet (MRI), doktor mendapati sel kanser yang sebelum ini di bahagian paru-paru kini merebak ke bahagian otak sebesar tiga sentimeter (cm),” katanya seperti dilapor Berita Harian.