“Jangan berlumba anjur majlis besar dan mewah. Itu bukan duit anda pun” – Anwar Ibrahim

Oleh WAN SITI AMINAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan peringatan kepada agensi kerajaan supaya lebih berhemat dalam menganjurkan majlis sambutan Aidilfitri.

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan itu berharap agar penganjuran pada tahun ini dilakukan dengan sederhana sebagai langkah untuk berjimat cermat.

Hal ini kerana, kos perbelanjaan yang digunakan untuk mengadakan majlis peringkat agensi kerajaan ini bukanlah datang dari ‘poket’ mereka sendiri, lapor Berita Harian.

“Sila jangan berlumba-lumba untuk menganjurkan majlis yang lebih besar dan juga mewah. Itu bukan duit anda pun,” kata Ahli Parlimen Tambun itu memetik laporan Berita Harian.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Anwar ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Ketika berucap, Anwar turut mengumumkan bahawa beliau tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasminya di Seri Perdana untuk tahun ini.

Baca Artikel Penuh