Biasalah lepas makan pisang, pastinya kulitnya terus dibuang ke dalam tong sampah, sedangkan kulit itu ada kegunaan tersendiri.
Kulit pisang sebenarnya mengandungi vitamin B6, B12, serta kalium dan magnesium malah ia juga mempunyai beberapa serat dan protein.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Sandi Ezell Blackmer tentang cara menjadikan air rendaman kulit pisang sebagai baja.
Bahan-bahan:
- Dua biji pisang (ambil kulitnya sahaja)
- 3 liter air paip
Cara-cara:
1. Ambil kulit daripada dua biji pisang dan rendam ia dalam satu gelen air selama satu malam.
2. Kemudian letak ia dalam bekas yang mudah digunakan dan siram tanaman seperti biasa.
Air rendaman kulit pisang ini boleh digunakan untuk sayuran, bunga atau herba malah ia tak perlu diletakkan dalam peti sejuk.
“Saya sentiasa mempunyai jug yang penuh dengan air rendaman pisang dan terus menambah air apabila saya menggunakannya. Saya juga masukkan kulit buah selepas saya memakannya.
“Kulitnya menjadi coklat dan anda boleh membuangnya selepas anda menambah lebih banyak kulit.
“Ia adalah baja organik yang hebat. Ini baik untuk sayur-sayuran, herba, bunga, dan tomato,” kongsinya.
Baca juga: Wanita kencing atas produk makanan di pasaraya sebab ‘content’