Jangan buka lampu kalau terhidu bau gas dalam rumah! Boleh melayang nyawa

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ramai pernah mendengar kes kematian melibat gas bocor, apabila mereka tanpa sengaja terbuka suis lampu.

Apabila gas sudah beredar dalam rumah maka satu percikan api akan menyebabkan letupan besar yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Bukan satu dua kes tapi sudah banyak kes kadangkala mangsa tidak sedar gas bocor tapi jika anda sedar akan bau pastikan anda lakukan ini terlebih dahulu.

Langkah-langkah ini penting untuk keselamatan anda dan orang lain di sekitar anda. Tip ini dikongsikan pengguna Facebook, Azlina Pandita.

  1. Apabila terhidu bau gas, jangan terus hidupkan lampu, tetapi buka semua pintu dan tingkap dengan tenang, supaya tidak ada percikan api.
  2. Kemudian tutup tabung gas dan jangan pasang lampu sehingga bau gas hilang sepenuhnya.
  3. Jangan buka peti sejuk jika anda bau gas, kerana ia juga boleh menyebabkan letupan, dan juga kipas sedutan (exhaust fan) kerana ia mempunyai cas elektrik.
  4. Hanya perlu buka tingkap.

Jika anda mempunyai sebarang keraguan atau tanda-tanda bahaya, segera panggil pasukan penyelamat dan ikuti arahan mereka dan jauhi rumah tersebut.

Malah media pernah melaporkan sepasang suami isteri yang cedera parah selepas mereka membuka suis di bahagian dapur yang menyebabkan letupan tersebut berlaku.

Jadi berhati-hati jika pulang dari kampung atau kerja lewat malam dan terbau gas, segera buka tingkap secara perlahan dan tunggu di luar.

Baca juga: Ingatkan mampu dah pakai Vellfire dengan gaji RM10,000, pemilik akui terbeban kos ‘maintenance’ keras