Jangan culas bayar nafkah! Bekas isteri boleh tuntut caruman KWSP anda

Oleh MAISARAH AISYA

Jangan merasa diri terlepas apabila anda culas membayar nafkah bekas isteri apatah lagi jika anda mempunyai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tahukan anda bekas isteri boleh mengambil caruman KWSP anda jika mendapat arahan daripada Mahkamah Syariah.

Peguam syarie Mohd Firdaus Akhtar memaklumkan dengan perintah mahkamah, bekas isteri boleh menuntut nafkahnya yang diabaikan lapor Harian Metro.

“Ada beberapa kaedah yang mahkamah boleh gunakan untuk proses siasatan terhadap kemampuan bekas suami.

“Antaranya melalui perintah permohonan penzahiran dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah,” jelasnya seperti dipetik Harian Metro.

Ini adalah selepas bekas suami atau si bapa walaupun sudah diputuskan oleh Mahkamah Syariah untuk membayar nafkah namun liat membayarnya.

Dalam pada itu, Mohd Firdaus memaklumkan sikap suami yang culas lepas bercerai antara punca bekas isteri terpaksa menuntut nafkah idah, mut’ah, dan nafkah anak.

“Isu tuntutan nafkah ini kalau kita tengok, ia boleh dikaitkan dengan kewangan rumah tangga.

“Jika ada masalah kewangan dalam rumah tangga, apabila lepas bercerai, dia akan memberi kesan kepada bekas isteri dan anak, kalau ada anak,” katanya.

“Boleh dikatakan ia isu utama, terbesar dalam tuntutan selepas perceraian. Maksudnya, tuntutan yang paling banyak adalah nafkah anak-anak.

“Nafkah anak dan juga nafkah isteri itu selari. Malah, ia menjadi antara tuntutan yang famous di mahkamah syariah,” tambahnya.

Baca juga: Tak dapat komisen 20%, pemandu pelancong beri ‘bad review’ pada kedai durian ini