‘Jangan hanya bising di TikTok’ – Rafizi Ramli harap wakil rakyat 20 daerah termiskin hadir berbincang

Oleh KIM SYAZIE

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengharapkan wakil rakyat dari 20 daerah termiskin hadir untuk berbincang dengannya tentang cara membasmi kemiskinan.

Rafizi telah mengarahkan kementeriannya mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi.

“20 daerah yang termiskin ini ada yang di sabah, Sarawah, Kelantan, Terengganu dan Kedah akan dipanggil untuk duduk dengan saya berbincang.

“Ini supaya mereka dapat membantu keluarga untuk mengambil peluang peruntukan dan juga potensi yang telah disediakan oleh kerajaan.

“Jangan hanya bising di TikTok tetapi usahakan untuk mengenal pasti dan bekerjasama dengan kerajaan untuk sama-sama kita membasmi kemiskinan,” ujar Rafizi di Dewan Rakyat.

@jason.yew

“Jangan hanya bising di TikTok” Rafizi akan jemput wakil rakyat di 20 daerah termiskin untuk bincang basmi kemiskinan #parlimen #rafiziramli #ipr #inisiatifpendapatanrakyat #miskintegar #KEADILANuntukSemua #foryou

♬ original sound – JASON Update – JASON Update

Menurut Rafizi, lima negeri yang disebutnya adalah antara yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi negara.

Rafizi kemudiannya menegaskan bahawa Kedah, Kelantan, dan Terengganu juga antara negeri dengan permohonan terendah untuk Inisiatif Pendapatan Rakyat disediakan kerajaan Persekutuan.

Baca juga: Belum habis sepenggal, menteri harap tiada lagi rampasan kuasa