Kadangkala manusia ini tidak sedar apa yang diucap dan ditulis itu mampu menyakitkan hati seseorang.
Terlalu lantang dalam mengkritik seolah-olah kehidupan mereka terlalu sempurna hingga leka menjatuhkan orang lain.
Tidak tahan dengan krtikan dan komen pedas netizen, Fathia Latiff beri amaran untuk tidak salahkan dirinya jika dia keluar agama.
Fathia memuat naik satu video di TikTok mengenai dirinya yang sakit hati dengan komen netizen hingga mengeluarkan kenyataan mahu murtad.
“Korang (anda) jangan sampai aku keluar agama sebab korang. Aku minum arak, pakai seluar pendek atau jadi kafir sebab bengang dengan korang.
“Aku tidak berdosa cuma korang yang akan masuk neraka sebab selalu paksa aku,” katanya dalam video dimuat naik di TikTok.
Pada masa sama, Fathia turut mengingatkan orang ramai bahawa dosa sesama manusia hanya orang itu sahaja boleh maafkan.
“Jangan sampai aku tukar agama, ibadah 100 tahun pun tidak berguna sebab korang dah buat seorang saudari jadi macam ini.
“Buat orang marah, sakitkan hati orang. Allah boleh maafkan tetapi manusia belum tentu dapat maafkan,” ujarnya.