Jangan sembur racun lagi! Ini cara paling berkesan hapuskan semut dalam soket yang ramai tak tahu!

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau rumah yang sentiasa ada semut, mesti perasan sampai ke dalam lubang soket untuk plug pun ada serangga tersebut.

Kalau nak sembur racung serangga bimbang pula jadi litar pintas, jadi pula masalah lebih besar nak tukar pendawaian eletrik yang baru.

Seorang pakar kawalan serangga perosak, Khairun Naim berkongsi sebab dan cara mengatasi masalah semut di kawasan plug.

“Semut ni ada di rumah kita kerana dua sebab iaitu tempat perlindungan dan nak cari sumber makanan.

“Dalam rumah kita ni laluan paling selamat untuk semut adalah melalui soket di rumah sebab ia akan membenarkan mereka untuk ke mana-mana bahagian rumah.

“Disebabkan semua laluan pendawaian eletrik ini berada disebalik dinding maka kita tak nampak pergerakan semut ini,” ujarnya dalam satu video di TikTok.

Paling mudah adalah untuk mendapatkan gel racun serangga yang boleh dibeli menerusi platform jualan dalam talian.

“Cara untuk atasi masalah semut dalam soket ini adalah mudah, cari gel racun serangga di mana-mana kedai atas talian.

“Jangan gunakan semburan racun serangga bersifat air pula sebab boleh menyebabkan litar pintas, makan kos untuk tukar semua pendawaian elektrik dalam rumah,” tambahnya.

Cara buang semut dari soket

  • Beli racun semut jenis gel.
  • Titik antara dua ke tiga titis di kawasan soket yang dikerumuni semut.
  • Semut akan makan gel tersebut dan balik ke sarang dia.
  • Dengan cara ini, kita boleh singkirkan semua kroni semut dengan lebih efisyen.
@khairunnaim4

Replying to @Harith.Pahan00 cara paling berkesan utk eliminate masalah semut dalam plugpoint.

♬ original sound – NAIM PEST CONTROL – NAIM PEST CONTROL

Baca juga: Baru tahu daun betik boleh lembutkan daging, ini kaedah dan penjelasannya secara saintifik