Seorang jemaah haji tular di media sosial selepas meminta untuk turun dari pesawat ketika dalam penerbangan ke tanah suci.
Memetik laman berita Liputan6, jemaah warga emas yang berusia 95 tahun itu meminta untuk turun kerana baru teringat ayam ternakannya belum diberi makan.
Ketika kejadian, kapal terbang dilapor hendak mendarat di Madinah sebelum jemaah yang berasal dari Majalengka, Jawa Barat itu memanggil salah seorang pramugari.
Video kejadian itu dirakam oleh seorang petugas haji, Ustaz Yuyud Aspiyudin dan dimuat naik di laman Facebook, baru-baru
Kelihatan seorang pramugari menghampiri Juhani untuk membantunya. Perbualan pendek antara mereka membuatkan seluruh penumpang ketawa.
“Yang jelas pramugari itu tidak faham apa yang Abah (Juhani) katakan, sedangkan jemaah semua ketawa kerana tingkah Abah yang kelakar,” kata Yuyud.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Insya-Allah ayamnya sihat. Jangan risau. Nanti bila pulang ke tanah air, ayam itu sudah terhidang untuk majlis kesyukuran,” komen seorang netizen seperti dilapor Agensi.
Baca juga: Datuk Seri Vida bersedia taja semula Kelantan FC, mahu Kacak jadi pengurus