Jemputan Jokowi dedah bukti Muhyiddin dibenci rakyat sendiri

Oleh ARIF ATAN

Suatu masa dahulu, tidak kira kunjungan ketua negara atau sukan bola sepak, netizen atau haters Indonesia sering menghina Malaysia. Malaysia digelar macam-macam sampai dikata ‘Malingsia’.

Tapi suasana paling pelik kali ini. Tidak pernah lagi berlaku seorang Ketua Negara dimaki hamun rakyat sendiri hanya pada tahun pertama lawatan rasmi keluar negara.

Lebih teruk penghinaan itu berlaku di lama rasmi Facebook Presiden Indonesia Joko Widodo.

Agaknya sengaja Jokowi jemput Perdana Menteri tebuk atap untuk buktikan Muhyidin dibenci rakyatnya sendiri.

Kali ini tidak sempat haters Indonesia maki hamun, rakyat Malaysia sendiri tidak beri kesempatan langsung kepada haters Indonesia.

Sebelum ini, masih ingat ketika Syed Saddiq sama kenderaan dengan Jokowi ketika sukan Asia. Ramai yang memuji Jokowi dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Ketika itu Malaysia menjadi contoh ada menteri paling muda.

Jika dulu rakyat Indonesia berbangga Malaysia ada menteri paling muda. Sampai disuruh Pak Jokowi meniru Malaysia.

Hari ini rakyat Indonesia dapat lihat PM paling dibenci iaitu PM yang tiada majoriti yang berkuasa atas kerja khianat.

Kalau baca komen di Facebook itu masih tidak sedar lagi tidak tahulah. Itu saya sebut mengekalkan PM yang gagal adalah permulaan kepada segala kegagalan.

Rancanglah macam mana rencana pun, kalau berkuasa atas kerja khianat, tunggu saja saat Pembalasan.