Jijik naik kereta wira, netizen cop ‘founder’ mengada-ngada

Oleh KIM SYAZIE

Kelakuan seorang pengasas yang jijik untuk menaiki Proton Wira mendapat perhatian netizen yang menganggap dia hanya mengada-ngada dan tidak pandai bersyukur.

Pengasas kecantikan di Malaysia bagai cendawan tumbuh selepas hujan, terlalu banyak dan kualitinya tidak segah yang digambarkan.

Dalam video tersebut, wanita itu dikatakan tidak mahu menaiki wira dan menyuruh pasangannya untuk membawa kereta mereka.

“Eee tak nak sayang, pergilah ambil kereta., tengok tu ada rambut, bulu-bulu. Eee tak nak,” kata wanita tersebut dalam video yang dikongsi di Instagram @cepatberita.

jijik

Di ruang komen, pengguna Instagram berharap wanita tersebut untuk belajar bersyukur.

“Setakat kulit putih gebu tak semestinya hatinya suci murni kan? Tak bersyukur langsung,” komen Azliya_22.

Bagi pengguna lain, Anne_Nizam melabel wanita tersebut sebagai mengada-ngada walaupun kosmetik hanya di pasaran Malaysia sahaja.

“Mengada-ngada, bukannya kosmetik kau masuk pasaran dunia, setakat dekat Malaysia dah berlagak.

“Bersyukur ada orang nak beli kosmetik kau tu, kalau tak laku tu entah-entah kau naik kancil je.

Tak sedar diri betul, netizen tak payah sibuk beli kosmetik dia, carilah produk yang pengasas dia tunduk ke bumi dan bukan berlagak macam ini,” katanya.

Baca juga: Nak jual rumah RM6.5 juta, bekas isteri DDNK minta selesaikan hak dulu