Bila bercerita bab makanan ini, pastinya kebersihan adalah perkara utama dilihat semasa memilih satu gerai atau restoran.
Sudah banyak kes di mana ada haiwan kecil dalam makanan seperti lipas dan cicak, peniaga juga seolah melepas tangan berkaitan kebersihan.
The Indian Express melaporkan seorang pembeli dikatakan terkejut apabila menjumpai lipas dalam sandwic yang dimakannya.
Kejadian yang berlaku di Bengaluru, India itu dimuat naik di platform Reddit.
Pembeli tersebut berkongsi gambar sandwic bersama lipas bersaiz kecil yang dibeli dari dapur awam atau dikenali sebagai cloud kitchen.
Menggunakan nama NomadicGeek1 di platform tersebut dia menulis kapsyen menyatakan bahawa ada lipas dalm sandwic.
Perkara tersebut menyita perhatian ramai apabila menerima lebih 300 reaksi yang berkongsi hal sama terjadi kepada mereka
“Sukar untuk mengetahui tentang kualiti kerana kebanyakan dapur awan tidak disenaraikan dalam Peta Google.
“Saya menemui lipas beberapa kali dalam sup yang dipesan dari dapur awan dan beriani yang dipesan dari restoran terkenal,” antara komen netizen.
Untuk pengetahuan ramai, dapur awam ini membenarkan penyedia makanan menyewa ruang untuk menyediakan makanan khusus buat penghantaran kepada pelanggan.
Tapi sebolehnya kualiti makanan perlu dijaga, jangan hanya mengejar keuntungan tapi hasilnya tak seberapa.
Baca juga: Empat tahun setia jadi Duta KK Mart, Shuib tidak akan bersikap ‘neutral’ & sanggup lepaskan jawatan