Jika tak nak terbeli lemang basi di tepi jalan, pastikan anda tahu 9 tips yang dikongsi peniaga ini

Oleh KIM SYAZIE

Pagi raya tidak lengkap tanpa lemang di atas meja. Lemang merupakan juadah istimewa pada hari raya dan mebangkitkan lagi suasana hari itu.

Proses pembuatan lemang dari pengambilan buluh sehingga proses memasak memakan masa yang lama, namun anda sebenarnya boleh sahaja beli terus di peniaga-peniaga yang menjualnya di tepi jalan.

Tapi, sebelum itu, pastikan anda tahu 9 tips yang dikongsi sendiri oleh seorang peniaga ini supaya tidak tertipu dan terbeli lemang basi.

1 Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar

Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah orang, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.

2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil

Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut.

3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang

Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian costumer.

4. Cuba minta diskaun kalau beli banyakKalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo

5. Jangan dan jangan, singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang

Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan?

6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering

Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang.

7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya

Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?

8. Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut

Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

9. Hak sebagai pembeli, tapi dengan adabLast sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kredit: Maskulin

Baca juga: Walaupun dibenarkan, tapi ramai tak tahu apa hukumnya puasa enam dan puasa ganti serentak, ini jawapan pejabat Mufti WP