Sebahagian pengundi di Melaka keliru dengan dengan waktu mengundi yang disyorkan oleh SPR.
Ia diakui sendiri oleh calon ketua menteri PH, Adly Zahari
“Saya menerima beberapa panggilan dari pengundi pagi ini. Ramai keliru dengan waktu mengundi yang disyorkan oleh SPR ketika buat semakan di web SPR.
“Untuk makluman semua, waktu mengundi yang ditetapkan itu hanyalah syor SPR bagi mengelakkan kesesakan di tempat pembuangan undi.
“Saya difahamkan, sekiranya pengundi mempunyai urusan lain pada waktu yang disyorkan itu, pengundi boleh datang pada bila-bila masa iaitu dari jam 8 pagi – 5 petang,” dalam posting di facebook beliau.
Seramai 495,196 orang pengundi Melaka akan keluar mengundi dalam PRN ini dengan 11,557 darinya adalah pengundi awal pada 16 November lepas.
89.9 peratus pengundi awal telah keluar mengundi pada 16 November lepas yang memberikan gambaran pengundi tidak takut untuk keluar mengundi.