Jual air balang guna Evian, pemilik tampil perjelas keadaan sebenar

Oleh KIM SYAZIE

Pelbagai cara digunakan peniaga untuk melariskan jualan mereka terutamanya melakukan pemasaran di media sosial.

Seorang penjual air balang, tular selepas menggunakan air berjenama Evian untuk air yang ingin dijual.

Rata-rata netizen meninggalkan komen menyoal sama ada benar air Evian digunakan atau hanya botol sahaja.

@ceoofmineralwater

Replying to @Xavier Meniaga minuman & makanan kena jujur.tak boleh menipu☺️

♬ original sound – diyanaburhan – CEO of mineral water

Pemilik video tersebut, @diyanaburhan tampil memperjelas bahawa air mahal itu hanya digunakan pada hari pembukaan dan menggunakan air biasa untuk hari seterusnya.

“Sempena pembukaan air dengan satu tin jagung di medan selera ikan bakar the boss saujana utama hari ini, kami menggunakan air Evian tau,” ujar kapsyen video.

Komen dibanjiri warganet yang memperlekeh usaha penjual air tersebut dan ada juga memberi cadangan tukar kepada air lebih murah.

Baca juga: Tidak tahan dengan cuaca panas, Orang Asli nekad pindah semula ke hutan