Umum tahu harga ayam gunting yang dijual di pasaran sudah melebihi RM10 di beberapa tempat, itulah harga dibayar untuk ketebalan tepung.
Isi ayam dilihat sangat nipis, tak berbaloi dengan bayaran, lebih baik beli ayam goreng sahaja, harga jauh lebih murah dan kuantiti lebih banyak.
Tular satu video di TikTok, pengguna Heyfood Malaysia berkongsi mengenai peniaga wanita menjual ayam gunting pada harga RM3 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Jika dilihat dalam video tersebut, isi ayamnya tebal, tepung juga nipis barulah rasa berbaloi nak bayar, kalau mahal pun sanggup.
Rata-rata netizen memuji inilah sikap peniaga yang patuh dicontohi, bukan letak harga mahal sebab kata ‘homemade’.
“Ini la yang aku maksudkan, macam peniaga lain letak harga belas-belas dengan alasan premium, ‘homemade’ sedangkan ada peniaga boleh jual pada harga murah.
“Zaman sekarang kalau kita ‘complain’ harga mahal, mulalah ada penyokong yang kata kalau tak mampu tak perlu beli, harap peniaga macam akak ni lebih banyak.
“Ayam gunting dia memang besar dan tebal walaupun hanya RM3, cucur jagung akak ni pun sedap.
“Kadang-kadang peniaga macam ni berniaga bukan nak untung sangat. Cukuplah dapat untung yang boleh buat mereka teruskan kehidupan,” antara komen netizen.
Baca juga: Ibu terkejut tengok menu di kantin sekolah anak, kuantiti tak padan dengan harga RM3!