Jual botol udara segar edisi terhad pada harga hampir RM70k, 2 pemuda bergelar jutawan sekelip mata

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau dilihat dalam platform jualan atas talian, pastinya ada banyak benda pelik dijual dan lebih menghairankan benda sebegini ada pasaran sasaran.

Tidak menyangka tuah menyebelahi nasib, dua pemuda yang menjual udara segar dalam botol terkejut produk mereka laris terjual hingga cecah jutaan ringgit.

Ditambah pula produk tersebut turut disertakan dalam pelbagai perisa seperti trawberi, anggur dan juga rut bir.

Pada mulanya ia hanya jenaka antara dua rakan yang menjual udara segar di dalam plastik ‘ziplock’ secara atas talian namun tidak menyangka ia mendapat sambutan.

Produk keluaran Moses Lam dan Troy Paquette itu sudah berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti China, India, Korea, Vietnam dan juga Dubai.

Rupa-rupanya produk yang ditawarkan dengan harga 99 sen menerusi platform atas talian, eBay itu berjaya dijual.

Baca Artikel Penuh