Kangkung tidaklah dikira dalam kategori sayur yang mahal jadi untuk menjualnya pada harga RM22 tapi ‘portion’ kecil maka ia pastinya akan menaikan kemarahan pengguna.
Seorang wanita mempersoal dimana orang yang meninggalkan review (ulasan) mengenai kedai yang dikunjungi apabila dia memesan kangkung RM22 yang datang dalam satu pinggan dalam kuantiti kecil.
Video tersebut dimuat naik di akaun TikTok, wiwinbollmixdance.
Akui terkejut, wanita tersebut menyoal rakannya sama ada harga kangkung telah naik kerana dengan harga tersebut dia mengharapkan ‘portion’ yang lebih besar seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
“Ini berbaloi ke dengan kangkung harga RM22, kangkung murah kot, terkejut aku.
“Harga seafood (kerabu sorong yang dipesan) aku boleh terima sebab seafood kan tapi kangkung ni kalau harga RM7 pun rasa berat apatah lagi RM22.
“Mana tiktoker yang review (buat ulasan), aku datang lapar. Kangkung RM22 kau tahu tak expectation dia macam mana?,” katanya.
Alasan yang diberikan pekerja adalah kangkung sudah habis dan portion yang mereka dapat itulah hasilnya
Wanita tersebut pada masa sama meminta pekerja itu memaklumkan jika makanan sudah habis dan mereka tidak akan membuat pesanan tersebut.
Kepada peniaga andai kata makanan sudah tidak mencapai kuantiti untuk dijual maka janganlah beri harapan kepada pelanggan dan mengharap mereka membayar mengikut portion yang anda beri.
Baca juga: Lelaki soal berapa jumlah salam kaut masa hadir majlis kahwin, netizen jawab ikut kesedapan makanan