Sudah menjadi kebiasaan untuk restoran atau kedai dalam lapangan terbang untuk menjual makanan mereka pada harga lebih mahal.
Tiada yang marah jika kualiti makanan setanding dengan harga dibayar apatah lagi bukan senang nak dapat duit zaman sekarang.
Tapi masih ada kedai yang cuba mengambil kesempatan ke atas pelanggan dengan mengenakan caj tambahan untuk perkara remeh.
Menerusi TikTok, cef selebriti terkenal, Cef Zamzani Abdul Wahab atau lebih dikenali Cef Zam memuat naik video dia membeli satu set nasi lemak bersama rendang ayam dan air teh ais pada harga RM17.90.
Harga sudah mahal bila dibuka tiada pula sambal disertakan, katanya untuk sambal perlu menambah harga lain.
“Jangan cuba menipu duit pelanggan boleh? Kepal hangguk dia jual nasi lemak tak ada sambal dan kena tambah duit lain kalau nak samba!” katanya di ruangan kapsyen.
Dalam video itu Cef Zam jelas menunjukkan kekecewaan apatah lagi rendang ayam tersebut sudah dipotong kiub dan dicampur kulit.
Rata-rata netizen bersetuju dan memaklum sudah tiba masanya ada seseorang yang mewakili ketidakpuasan hati mereka terhadap kedai tersebut.
“Memang sedap makan dekat kedai ni tapi harga dia kadang macam tak masuk akal.
“Memang mahal gila kedai ni, dulu masa kerja dekat area kedai ni beli air milo panas pun kena cj RM9.90.
“Terima kasih bersuara sebab kami sekeluarga dah kena. Tak berani nak cakap sebab takut pemilik tak percaya atau tak mengaku salah, malas nak gaduh,” antara komen netizen.
Baca juga: Ramai tak tahu ini alasan pengilang kenapa plastik keropok lebih banyak angin dari isi