Tiket bas pulang ke Kelantan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan masih belum mula dijual.
Menjawab persoalan, perkara itu dimaklumkan oleh syarikat pengedali bas, Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), lapor Sinar Harian.
Kenyataan yang dikongsi syarikat itu telah menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman, baru-baru ini.
Mohd Syahir sebelum ini mendakwa bahawa tiket bas untuk pulang mengundi ke negeri pantai timur itu telah ‘licin’ dijual secara atas talian.
Situasi tersebut kononnya membuktikan bahawa keterujaan anak perantau untuk pulang mengundi di Kelantan adalah cukup tinggi.
Tidak benar benar sekali, tiket bas biasanya hanya akan mula dijual oleh syarikat pengendali bas seawal seminggu sebelum kedatangan bulan Ogos.
“Kita masih belum membuka jualan tiket untuk bulan Ogos,” jelas Jurucakap E-Mutiara dengan ringkas, memetik Sinar Harian.
Sementara itu, seorang ejen tiket bas yang dikenali sebagai Yati menganggap bahawa tindakan Ahli Parlimen Bachok itu sebagai kurang wajar.
Berkongsi maklumat yang tidak benar, dakwaan Mohd Syahir itu boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat yang menggunakan perkhidmatan awam.
“Kepada perantau, jangan bimbang. Tiket ada.” Kongsi Yati.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan tarikh 12 Ogos sebagai hari mengundi PRN serentak bagi enam buah negeri.
PRN kali ini melibatkan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).