Jualan tiket JDT akan disalurkan kepada mangsa banjir di Johor

Oleh KIM SYAZIE

Bagi membantu mangsa banjir, kesemua jualan tiket membabitkan aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim akan disalurkan kepada mereka yang terjejas di Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edward berkata, langkah itu diputuskan oleh pemilik kelab Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir.

Menerusi hantaran Facebook JOHOR Southern Tigers, sumbangan itu bermula dari perlawanan Sabtu ini hingga akhir Ramadan ini

“DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menitahkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim agar kesemua jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim sehingga akhir Ramadan disalurkan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di negeri Johor.

“Ini membabitkan perlawanan Liga Super menentang Kelantan (11 Mac), Sabah (31 Mac), Kedah (9 April) dan perlawanan Piala FA bertemu PDRM (14 April).

“Kesemua dana akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir melalui pejabat-pejabat daerah di negeri Johor,” kata Alistair.

Baca Artikel Penuh