‘Jumpa kau di mahkamah’, Syamsul Yusof nak saman siapa pula ni?

Oleh WAN SITI AMINAH

Belum sejuk kisah antara Syamsul Yusof dan isterinya, kini pengarah sensasi itu ingin mengheret watak lain ke mahkamah.

Tidak lain dan tidak bukan, beliau adalah pelakon yang pernah ‘memerli’ Syamsul, iaitu Farid Kamil.

“Kita dah tua bro, apa kau nak buat game budak-budak. Jadi, aku jumpa kau di mahkamah, itu sahaja.

“Kalau dah jumpa di mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mesti aku saman kau la,” kata Syamsul.

Syamsul berkata demikian saat diminta mengulas lanjut mengenai kenyataan yang dimuat naik Farid di akaun Instagramnya.

Terdahulu, Farid pernah membuat hantaran menerusi Instagram ‘Story’ yang mendakwa Syamsul pernah memukul Diana Danielle.

Dalam kejadian yang terjadi sewaktu Diana masih bergelar teman wanita Syamsul, tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

Kenyataan tersebut dibuat Farid sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana membuat pendedahan bahawa dirinya pernah dipukul.

Untuk rekod, Syamsul pernah menjalin cinta dengan Diana sekitar tahun 2005 namun putus tiga tahun selepas itu.

Diana kemudian mendirikan rumah tangga bersama Farid Kamil pada 3 November 2012 sebelum menfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu.

Baca juga: Diana Danielle yang bayar sewa rumah, ada hak halang Farid Kamil masuk