Jumpa wang kertas dan duit syiling, keluarga tak sangka pengemis tinggalkan simpanan hampir RM90k!

Oleh MAISARAH AISYA

Sering kita lihat keadaan pengemis jalanan yang luarannya tidak terurus tapi sebenarnya mereka mempunyai lebih banyak wang berbanding kita.

Hidup seorang diri dan menerima belas kasihan orang ramai, ramai tak menyangka wanita tua ini mempunyai simpanan yang banyak.

Segalanya terbongkar selepas wanita berusia 70 tahun dari Kediri, Indonesia itu meninggal dunia pada Jumaat lepas.

Lebih mengejutkan dia mempunyai simpanan berjumlah jutaan rupiah yang ditinggal di kediamannya.

Menurut Tribun Trends, pengemis yang dikenali sebagai Rosiah itu meninggal dunia selepas diserang penyakit yang tidak didedahkan.

Keluarganya kemudian meminta bantuan pemimpin setempat dan jiran-jirannya untuk membantu mereka mengira wang ditinggalkan wanita tersebut.

Wang kertas dijumpai dalam 50 beg sekolah, manakala puluhan bekas logam lagi digunakan untuk menyimpan duit syiling.

Menurut seorang pegawai di kampung itu, Manon Kusiroto, jumlah wang tersebut adalah antara 200 juta rupiah (RM59,904) hingga 300 juta rupiah (RM89,859).

Manon berkata, Rosiah hidup seorang diri berpuluh-puluh tahun di Kediri tetapi mempunyai seorang anak perempuan dan cucu yang tinggal di Blitar, Jawa Timur.

Baca juga: